Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai
Terengganu oleh saudagar
Cina, Chao Ju Kua pada tahun
1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk
Palembang.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan
Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,
Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya,
Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai
sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah
Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah
putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku
Tuhfat al-Nafis, karangan
Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja
Pattani.
Mengikut hikayat Johor serta
Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar
1688. Ketika berada di
Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan
anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.
Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran
Sultan Mansur I pada tahun
1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun
1794. Pada tahun
1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (
1746–
1760) daripada masa pemerintahannya di
Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang
Melayu dengan orang
Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam
politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun
1776.
Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu (1881 - 1918)Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–
1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun
1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun
1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (
1876–
1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda,
British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun
1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (
1918–
1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–
1942).
Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah sekarang.
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh
29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada
26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran
Jepun pada
29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada
30 September 1942 oleh
Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad,
16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun
1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari
21 September 1965 hingga
20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun
1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada
15 Mei 1998 di
Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda,
Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kesultanan Terengganu
- 1708-1733: Sultan Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul Majid
- 1733-1794: Sultan Mansur I
- 1794–1808: Sultan Zainal Abidin Shah II, Putera Sultan Mansur I
- 1808–1830: Sultan Ahmad Muazzam Shah I, Putera Sultan Zainal II
- 1830: Sultan Abdul Rahman Shah, Putera Sultan Zainal II
- 1830–1831: Sultan Daud, Putera Sultan Ahmad I
- 1831–1837: Sultan Mansur Riayat Shah II, Putera Sultan Zainal II
- 1837–1839: Sultan Muhammad Muazzam Shah I, Putera Sultan Mansur II
- 1839–1876: Baginda Omar
- 1876–1881: Sultan Ahmad Muazzam Shah II
- 1881–1918: Sultan Zainal Abidin Shah III, putera Sultan Ahmad II
- 1918–1920: Sultan Muhammad Muazzam Shah II, Putera Sultan Zainal III
- 1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
- 1942-1945: Sultan Ali, putera Sultan Sulaiman
- 1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Putera Sultan Zainal III
- 1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
- 1998-2024: Sultan Mizan Zainal Abidin