Wednesday 17 September 2014

Iripati Ucapan Dasar Muktamar Timbalan Ketua Ulamak Sedunia Dari Malaysia

" perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini. Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan. "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah saw. Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah swt. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" PAS mestilah menjadi benteng ummat Islam dari dirosakkan oleh penularan ideologi ciptaan manusia dari bercambah dalam masyarakat kita ini "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti dan bukan sebaliknya. amat malang bagi kita sekiranya tahaaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar kacirkan kita sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita. Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang - wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita. "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan Al Quran dan sunnah. Saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat Islam "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk dalam sistem lain atau parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata - mata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi perlaksanaan Islam. Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" prinsip Tahaaluf ini membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem sebagaimana yang dijaja oleh media barat. Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada Al Quran dan Sunnah, maka setiap langkah Tahaaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat - syarat Tahaaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut tanpa merugikan kepentingan Islam. "
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
" Sepanjang sejarah perjuangan PAS , kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan Tahaaluf kita juga tidak mengkhianati Tahaaluf ini. Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputuskan bersama sebelum ianya dilaksanakan ."
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
‪#‎gelombangtajdid‬

No comments:

Post a Comment